Minuman berkhasiat ini diramu secara tradisi khusus untuk penjagaan kesihatan wanita. Ramuannya menggunakan bahan terpilih dan dititipkan doa-doa mustajab Rasulullah (SAW). Digunakan secara tradisional untuk menghilangkan kelesuan dan keletihan badan, membersihkan bahagian dalaman tubuh badan, menjadikan bahagian sulit wanita lebih selesa dan anjal sepanjang masa dan mengembalikan keremajaan kulit. Rumusan ini juga dipercayai secara tradisinya dapat mengurangkan kolesterol dan menjaga buah pinggang dan masalah gastrik.
| Khasiat Ramuan Excelife Tiara |
Nanas: Kaya dengan mineral dan enzim bromelain. Telah diuji secara klinikal untuk mengubati perut tidak selesa (bloating), tidak hadam, lebam, mengubati luka dan sebagainya.
Jambu Batu: Kaya dengan vitamin A dan C. Tinggi kandungan mineral terutama magnesium dan potassium. Mengandungi antioksidan kategori keratinoid dan poliphenol yang amat diperlukan untuk kesihatan umum badan.
Kurma: Kaya dengan gula ringkas untuk bekalan tenaga segera kepada tubuh, tinggi kandungan mineral dan serat.
Manjakani: Mempunyai kadar antioksida yang tinggi, dikenali sejak turun temurun sebagai herba mujarab bagi menganjalkan bahagian sulit wanita dan menyembuhkan luka, bersifat antimikrobial dan tinggi kandungan antioksida. Elok dimakan atau diminum mengikut kesesuaian bagi luka luaran dan dalaman.
Kayu serapat: Herba tradisional penting dalam ramuan kecantikan dan kesihatan dalaman wanita terutama dalam ramuan lepas bersalin dan untuk meningkatkan keintiman suami isteri.
Buah pinang: Secara tradisi digunakan bersama sireh. Namun kajian sains menunjukkan ekstrak buah pinang mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi termasuk lutein dan zeaxanthin. Ia juga dipercayai boleh meningkatkan daya kognitif.
Gula Batu: Gula batu adalah gula tulin yang tinggi glukos untuk memanis dan memberi tenaga segera kepada tubuh. Gula batu mengandungi mineral dan tanpa melalui proses pemutihan menggunakan bahan kimia.
Air bertapis: Air merupakan sumber kehidupan. Air boleh menyimpan pelbagai bahan nutrisi dan perantara antara bahan makanan dan tubuh. Air yang bersih dari kotoran, kuman dan mikroorganisma,logam berat dan bahan beracun adalah penting dalam penyediaan minuman. Hanya air mutlak digunakan untuk penyediaan produk-produk Excelife.
| Tips Kesihatan Dalaman Wanita |
Penjagaan bahagian sulit wanita kunci kesihatan tubuh badan Bahagian sulit wanita adalah pasak kesihatan badan. Jika bahagian ini sihat, keseluruhan tubuh badan wanita akan terasa sihat dan bertenaga.
Namun, apabila umur meningkat, hormon estrogen mula berkurangan dan ini akan menyebabkan ketidakselasaan bila terjadinya kekeringan dan penipisan dinding bahagian sulit. Badan juga lesu dan tidak bermaya. Aktiviti seharian wanita jadi terhad dan menurunkan produktiviti. Penjagaan bahagian sulit wanita adalah sangat penting.
MySoul dirumus khusus untuk wanita dan dipercayai dapat membantu mengatasi masalah dalaman wanita.