HOME COMPANT PROFILE PRODUCT RANGE OUR PARTNERS E-SHOP STOCKIST MEDIA & EVENTS CONTACT US
<<< MYSOUL SATRIA >>>
MYSOUL SATRIA
Minuman Kesihatan Dalaman Lelaki
(30 sachet x 10ml)
RM 60.00 (SM) / RM 65.00 (SS)
Bahan-Bahan:

Sapodilla, Curcuma xanthoriza (Temulawak), Misai Kucing, White Pepper, Garlic, Onion, Lemon Grass, Java Tea, Tongkat Ali, Pineapple, Brown Sugar, Filtered Water.

 
Cara Penggunaan :

Satu sudu besar pati diminum terus atau dicampur dengan segelas air suam dan diminum 2 kali sehari.  Boleh dicampur dengan madu secukup rasa mengikut kesesuaian.

Produk ini dibangunkan oleh:
Prof Madya Dr Fadzilah Adibah Abdul Majid
Jabatan Kejuruteraan Bioproses,
Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli,
Universiti Teknologi Malaysia.


Konsistensi dan mutu Jamujus Satria diawasi menggunakan Analisa Kromatografi dan Analisa Mikrobil. Ramuan ini disediakan mengikut kaedah penyediaan makanan mengikut hukum syara’ dan didoakan untuk keberkatan dengan izin Allah.

 
 Khasiat Excelife Satria

Minuman berkhasiat ini diramu secara tradisi khusus untuk penjagaan kesihatan umum lelaki. Ramuannya menggunakan bahan terpilih dan dititipkan doa-doa mustajab Rasulullah (SAW). Digunakan secara tradisional untuk menghilangkan kelesuan dan keletihan badan, membersihkan bahagian dalaman tubuh badan, menjadikan bahagian sulit lelaki sihat dan anjal sepanjang masa. Menjaga prostat dan melawaskan kencing, membuang angin dan sakit sendi serta menjaga buah pinggang dan mengelakkan baru karang. Ramuan ini dikhususkan untuk mengembalikan kesihatan, meningkatkan penumpuan lelaki terhadap pekerjaannya dan mengintimkan perhubungan suami isteri.

 Khasiat Ramuan Excelife Satria

Ciku (Sapodilla/Manilkara zapota): Buah eksotik hutan tropika ini jarang mendapat perhatian sebagai sumber makanan kesihatan. Namun khasiatnya amat besar sebagai sumber kesihatan dalaman lelaki dan digunakan secara tradisi bersama ramuan herba terpilih. Mempunyai kandungan tannin dan saponin yang tinggi dan gula ringkas membekallan tenaga segera kepada tubuh.

Misai Kucing:
daun herba ini telah digunakan dalam perubatan Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa sejak sekian lama. Ia mengandungi sifat-sifat anti alahan, anti keradangan, anti hipertensi dan diuretik. Digunakan untuk merawat arteriosklerosis (penyakit pada sirkulasi dan kapilari darah), ghout, batu karang, batu hempedu, diabetes dan reumatisme. Bersifat anti fungi dan anti bakteria.

Temulawak:
Herba rizom ini memiliki bahan aktif: Germacrene, Xanthor-rhizol, Alpha-Betha-urcumena, dll. Sangat bermanfaat sebagai herba anti-keradangan, antibiotik, meningkatkan penghasilan dan pengeluaran hempedu serta menyegarkan badan. Telah digunakan secara tradisi sebagai ubat menurunkan panas, merangsang selera makan, mengubati sakit kuning, cirit-birit dan lain-lain.

Bawang Merah: Mengandungi bahan fitokimia yang bersifat anti-keradangan, mengurangkan kolesterol, mempunyai potensi sebagai anti kanser dan tinggi antioksidan, Quercetin.

Bawang Putih: Digunakan sejak zaman sebelum Masehi dalam masakan dan perubatan. Bawang putih dilaporkan berpotensi untuk mencegah sakit jantung (termasuk artherisklerosis, kolesterol dan tekanan darah tinggi) dan kanser.

Serai Makan: Memiliki aroma yang menyegar dan menyelerakan. Membantu menenangkan fikiran dan merehatkan tubuh. Mengandungi mineral yang penting untuk kelancaran metabolisma tubuh.

Tongkat Ali: Herba terkenal dikalangan masyarakat Melayu sejak zaman dahulu sebagai pemulih tenaga dalaman lelaki dan meningkatkan keinginan untuk bermesra.

Lada Sulah: Lada hitam ranum yang dikeringkan. Digunakan secara tradisional untuk membuang angin dalam badan, menghangatkan tubuh badan dan melancarkan perjalanan darah. Aliran darah yang lancar adalah tunjang kemantapan kesihatan tubuh.

Nanas: kaya dengan vitamin C, mineral dan enzim bromelain. Telah diuji secara klinikal untuk mengubati perut tidak selesa (bloating), tidak hadam, lebam, mengubati luka dan sebagainya.

Gula merah: Gula merah adalah gula tulin yang tinggi glukos untuk memanis dan memberi tenaga segera kepada tubuh. Gula merah mengandungi mineral dan tanpa melalui proses pemutihan menggunakan bahan kimia.

Air bertapis: Air merupakan sumber kehidupan. Air boleh menyimpan pelbagai bahan nutrisi dan perantara antara bahan makanan dan tubuh. Air yang bersih dari kotoran, kuman dan mikroorganisma, logam berat dan bahan beracun adalah penting dalam penyediaan minuman. Hanya air mutlak digunakan untuk penyediaan produk-produk Excelife.

 Tips Kesihatan Dalaman Lelaki


Penjagaan kesihatan tubuh badan baik lelaki ataupun wanita adalah adalah tanggungjawab. Kesihatan lelaki adalah penentu keutuhan dan keharmonian sesebuah keluarga. Isteri bertanggungjawab menjaga kesihatan suami selain diri sendiri dan anak-anak. Justeru, pilihan minuman kesihatan yang terbaik adalah penting.

Lelaki lebih terdedah kepada tekanan kerja dan tanggungjawab. Hal ini akan menjadikan mereka lesu dan tidak bermaya. Akibat dari keadaan ini, tubuh badan menjadi lemah dan mudah diserang penyakit seperti angin, sakit sendi batu karang, lemah tenaga batin dan lainnya. Kerukunan rumahtangga dan hubungan suami isteri terganggu dan boleh menyebabkan perselisihan. Hal ini amat menyulitkan dan mengaibkan kaum lelaki.

Setiap lelaki mesti dijaga kesihatan luaran dan dalamannya supaya kelelakiannya sentiasa mantap. Minuman kesihatan Excelife Satria dirumus khusus untuk lelaki aktif sepanjang zaman supaya sentiasa cergas dan bertenaga sepanjang masa dan merentasi usia.

 

 
<-- BACK
TG4ALL.COM | ZYPHYTO.COM
HOME | COMPANY PROFILE | PRODUCT RANGE | OUR PARTNERS | SHOP ONLINE | STOCKIST | MEDIA & EVENTS | CONTACT US
©2009-2011 AMEELIA EXCELIFE RESOURCES. All Rights Reserved.