HOME COMPANT PROFILE PRODUCT RANGE OUR PARTNERS E-SHOP STOCKIST MEDIA & EVENTS CONTACT US
<<< OUR PARTNERS >>>

Prof Madya Dr Fadzilah Adibah Abdul Majid
Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah),
Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli,
Universiti Teknologi Malaysia.

Prof Madya Dr Fadzilah Adibah Abdul Majid ialah seorang ahli akademik dan saintis yang mempunyai kepakaran dalam pembangunan dan pemprosesan bioproduk. Masa ini beliau adalah Timbalan Dekan, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli, Universiti Teknologi Malaysia.

Sebagai ahli akademik dan saintis, beliau mempunyai pengalaman luas dalam penyeliaan projek-projek penyelidikan. Pada masa ini, beliau sedang menyelia 3 pelajar Kedoktoran (PhD), 10 pelajar Sarjana dan lebih 30 pelajar Sarjana Muda selepas pengajian peringkat kedoktoran.

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi dari The University of Leeds, UK, beliau kemudiannya menyambung pengajian diperingkat Sarjana (Kejuruteraan Biokimia) dan PhD (Kejuruteraan Kimia-pengkhususan dalam Teknologi kultur Sel Haiwan) di The University of Birmingham, UK. Selain menjalankan kajian saintifik bagi penghasilan protein terapeutik menggunakan teknologi kultur sel haiwan, beliau menjalankan kajian keberkesanan ubatan dan ramuan tradisional menggunakan kaedah bioassay menggunakan teknologi kultur sel haiwan.

Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas dalam pemprosesan bahan-bahan biologi seperti enzim dan metabolit dari sumber haiwan dan tumbuhan yang berpotensi untuk digunakan dalam pembuatan produk kosmeseutikal dan nutraseutikal.

Selain itu beliau sangat cenderung mengkaji ilmu perubatan tradisional. Beliau telah banyak menjalankan penyelidikan tentang keberkesanan ramuan tradisional terhadap kebolehupayaan merawat atau menghindar dari penyakit. Beliau juga minat mengkaji kaedah pemprosesan ramuan ubatan tradisional untuk tujuan inovasi dan pemprosesan skala industri dengan mengekalkan keberkesanan ramuan berkenaan.

Beliau turut menjalankan beberapa projek penyelidikan luar dan merupakan konsultan kepada beberapa buah syarikat seperti Ameelia Excelife Resources, Phytobiznet Sdn Bhd (CEPP-UTM), Lembaga Pertubuhan peladang Negeri Terengganu, Yayasan Pembangunan Ekonomi Negeri Terengganu, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan lain-lain. Beliau juga adalah felo penyelidik Chemical Engineering Pilot Plant (CEPP), UTM.

Antara projek berkaitan ramuan herba tradisional yang telah dan sedang dijalankan ialah:

  1. Kajian penggunaan rempah kulit kayu manis untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah secara in vitro (menggunakan sel adipose)-Thesis Kedoktoran
  2. Kajian penggunaan rempah kulit kayu manis untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah secara in vivo (menggunakan tikus)-Thesis Sarjana
  3. Pembangunan kaedah pemprosesan ekstrak kayu manis sebagai makanan tambahan tradisional Thesis Sarjana Muda
  4. Pembangunan kapsul dan emulsi ekstrak kayu manis sebagai makanan tambahan traditional (laporan teknikal-sulit)
  5. Kajian keberkesanan rempah herba jamu batuk dan selsema terhadap pertumbuhan bakteria patogenik -Thesis Sarjana Muda
  6. Kajian kesan penggunaan ekstrak daun gajus (Anacadium occidentale) untuk mengurangkan gula dalam darah secara in vitro (menggunakan sel adipose)-Thesis Sarjana Muda
  7. Kajian kesan penggunaan ekstrak daun bongor (banaba) untuk mengurangkan gula dalam darah secara in vitro (menggunakan sel adipose)-thesis Sarjana Muda
  8. Kajian kesan penggunaan ekstrak daun salam (Euginia polyanta) untuk mengurangkan gula dalam darah secara in vitro (menggunakan sel adipose)-Thesis Sarjana Muda
  9. Kesan penggunaan jamu kencing manis (jamu KM) terhadap penurunan gula dalam darah secara in vitro (menggunakan sel adipose)-Laporan Teknikal Sulit
  10. Kesan penggunaan jamu kencing manis (jamu KM) terhadap penurunan gula dalam darah secara in vitro (menggunakan tikus)- Laporan Teknikal Sulit
  11. Kajian keberkesanan enzim bromelain dari nanas untuk merawat sel kanser-Thesis Sarjana
  12. Pemprosesan dan penghasilan enzim bromelain dari sisa nanas –Projek Rekabentuk
  13. Kesan pemprosesan terhadap kualiti dan aktiviti enzim bromelain-Thesis Sarjana Muda
  14. Kesan pemprosesan terhadap kualiti jamujus khusus wanita dan lelaki-Laporan teknikal-sulit
  15. Kaedah pemprosesan skala industri jamujus khusus untuk wanita dan lelaki-Laporan teknikal –sulit
  16. Keberkesanan ekstrak kayu manis terhadap pertumbuhan sel kanser-laporan teknikal-sulit
  17. Keberkesanan ekstrak kacip Fatimah terhadap pertumbuhan sel kanser-Thesis Sarjana
  18. Keberkesanan enzim papain dari betik untuk mengubati luka –thesis Sarjana Muda
  19. Formulasi enzim papain sebagai bahan pencuci luka berkesan-thesis Sarjana
  20. Kajian keberkesanan ekstrak daun gajus terhadap pembentukan pigmen melanin-Thesis Sarjana
  21. Proses Penurunan warna ekstrak daun gajus dan kesan keaktifannya- Thesis Sarjana Muda
  22. Kajian keupayaan retensi enzim bromelain dalam jus nanas untuk berfungsi dalam simulasi sistem penghadaman.-thesis Sarjana Muda
  23. Kajian nilai nutraseutikal cuka organik buatan tradisional Malaysia–Thesis Sarjana Muda
  24. Kajian nutraseutikal sos ikan (budu)-Thesis Sarjana Muda
  25. Pemprosesan protein, rantai peptida dan asid amino penting dalam sos ikan bilis-Thesis Sarjana Muda

Prof Madya Dr Fadzilah Adibah aktif dalam memberi ceramah berkaitan bioteknologi kesejahteraan dan penghasilan artikel ilmiah berkaitan dengan kajian saintifik yang dijalankan. Antara pembentangan dan artikel yang boleh dilayari ialah:

  1. Katya Chobotova, Ann B. Vernallis, Fadzilah Adibah Abdul Majid. (2009). Molecular mechanisms of Bromelain Anti-Cancer Activity. Cancer Letters.
  2. Y.H. Chew, Y.L. Shia, C.T. Lee, F.A.A.Majid, L.S. Chua, M.R. Sarmidi, and R.A. Aziz. (2009). Modeling of glucose regulation and insulin signaling pathways. Molecular and Cellular Endocrinology.
  3. Yin Hoon Chew, Yoke Lin Shia, Chew Tin Lee, Fadzilah Adibah Abdul Majid, Lee Suan Chua, Mohamad Roji Sarmidi, Ramlan Abdul Aziz. (2009) Modeling of oscillatory bursting activity of pancreatic beta-cells under regulated glucose stimulation. Molecular and Cellular Endocrinology
  4. R Abdul Ghafar, FA Abdul Majid and MR Sarmidi (2008). Tyrosinase Inhibition and Melanin reduction of Human Melanocytes (HEMn-MP) using A. occidentale L extract. Med J Malaysia Supplement A, July. (published)
  5. K Chobotova and Fadzilah Adibah Abdul Majid(2008). Anti-Cancer Potential of Pineapple Derived Bromelain. Alternative Health Journal. (published)
  6. K Chobotova and Fadzilah Adibah Abdul Majid (2008). Pineapple Bromelain and Cancer Control. Speedwell Journal, Oxford University, UK. (published)
  7. K Chobotova and Fadzilah Adibah Abdul Majid (2008). Aging Well through Lifestyle Adjustment. Alternative Health Journal. (published)
  8. Abdul Majid, FA, M Al Rubeai and Butler, M (2006). The Glycosylation of Monoclonal IgG in different Culture Systems. Biotechnology and Bioengineering Journal (published)
  9. Taher, M., Deny Susanti, Mohamad Roji Sarmidi, Fadzilah Adibah Abdul Majid, Hasnah M. Sirat and Farediah Ahmad (2005). Antioxidant Activity of Cinnamtannin B1 from Cinnamomum zeylanicum BLUME. Recent Progress in Medicinal Plant. (published).
  10. MT Abdullah, FA Abdul Majid and MR Sarmidi (2004). The Effect of Cinnamtannin B1 in Adipocytes Formation. The Medical Journal of Malaysia. Vol. 59, Supp B. Pg 97-8.


:: Hyperlink ::


http://www.fkkksa.utm.my/staff/adibah

http://www.cepp.utm.my/rnd_sbu_nutraceutical.php

http://www.alternativehealthjournal.com/community/contributor/
k__chobotova__fadzilah_adibah_abdul_majid/49


http://www.alternativehealthjournal.com/article/
_aging_well_through_lifestyle_adjustment/2399


http://www.rcentre.utm.my/publication_search.php?table=rj&max=15

http://www.alternativehealthjournal.com

http://www.sciencedirect.com

http://fsq.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=67
TG4ALL.COM | ZYPHYTO.COM
HOME | COMPANY PROFILE | PRODUCT RANGE | OUR PARTNERS | SHOP ONLINE | STOCKIST | MEDIA & EVENTS | CONTACT US
©2009-2011 AMEELIA EXCELIFE RESOURCES. All Rights Reserved.